June 10th, 2006 by messagegurl
Hari ini, tak kemana2 pun sebab penat masih berbaki lagi. Sekarang ni pulak tengah tunggu Cerekarama TV3 pukul 10 ni. Cadangnya nak tengok teater ngan mak tapi tak jadi ikut sebab abah dah balik dan ajak kawan dia pergi sekali. Teater tu kat Taman Budaya, N9. Lagipun awal bulan hari itu dah pergi. Best cite tu. Sedih n gembira. Teater tu mengisahkan tentang kehidupan masyarakat kat kawasan setinggan. Tajuknya Tanah Bernanah. Tak payah pakai formal2 pun kat situ. Lagipun it’s free… Semua negeri pun adakan teater free. Lagi2 kat Melaka tu. Oklah, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni tapi dilema yang aku hadapi sekarang ni…
Aku dalam dilema antara nak daftarkan diri kat tempat keje kat Melaka tu ke tak? Kata kakak tu, jarak tempat keje tu hanya 10 minit je dari rumah my uncle. Tapi bila dah survey… Masya Allah! Jauhnya macam dari rumah gue ini ke Seremban. Kalau naik kereta memanglah 10-15 minit. Naik bas pulak 3 kali tukar. Bukanlah aku tak sanggup nak hadapi, tapi rasanya lebih kepada menyusahkan semua orang. Dan juga bukan sebab gaji. Dulu masa aku keje part-time kat Pizza Hut pun sama. Tak jauh, malah duduk kat rumah sendiri tapi pergi-balik je habis duit gaji. Sampai kadang2 tu mak ngan abah yang datang jemput. Apa ni? Asyik menyusahkan orang je aku ni. Ntah bila aku akan hidup berdikari? Jadi macam kawan2 aku. Aku ada gak terfikir nak sambung study… Tapi hutang dulu tak start bayar lagi. Kadang2 aku rasa macam tak ada masa lagi. Kata orang kalau ikutkan umo aku ni, masih muda lagi dan masih panjang lagi perjalanan hidup aku. Tapi, kenapa aku masih terfikir yang aku dah takde masa yek? Aku masih try cari lagi keje ni…

Posted in Uncategorized | No Comments »
June 7th, 2006 by messagegurl
| Current Mood : Mengantuklah… |
Semalam, 7 Jun 06 was Imah’s birthday
(kalau dalam frenster ni, Fania). Hampir2 terlupa. Tak sangka Imah dah habis belajar dan tahniah sekali lagi sebab nak further study untuk Master kat UIA. Berganda2 kejayaan Imah ek? Bangga D kat sini dan insyaAllah D sentiasa doakan kejayaan kita bersama.
InsyaAllah aku akan mulakan kerja kat Melaka. Kedai jahit je. Dari tak minat ni, boleh pulak sampai keje kat sana ek? Moga2 aku istiqomah dalam bidang ni. Mungkin bidang ni je yang sesuai ngan aku kot? Dan aku harap sentiasa ada perkembangan dalam kerjaya ni…
Kejap lagi aku nak balik kampung, sekaligus tengok tempat aku akan keje tu. Orang lain dah ke depan, aku masih di takuk lama lagi. Lebih parah lagi aku kuat berangan. Usaha tu belum nampak lagi dan aku sedang ke arah itu. Doa2kanlah aku ye… Pada sesiapa yang sudi singgah sini…
Okaylah. Kejap lagi nak gerak ni… Dan dalam perjalanan itu nanti aku mesti memikirkan sesuatu tentang diriku ini…
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 5th, 2006 by messagegurl

| Current Mood: Penat & Gembira |
Sabtu lepas, ada kenduri mengejut… Mengejut sebab tak dirancang betul2. Seronok juga, tapi kehadiran tetamu tak mencapai target langsung. Adalah dalam 50 orang bila ditolak dan ditambah. Petang ni masih tak hantar kerusi lagi. Entah kenapa lambat sangat agaknya. Kata mak, ini percubaan je. Kalau ada rezeki lagi, maybe akan ada kenduri lagi kot?
Kan aku dah janji nak attach gambar kenduri kan? Akan aku kotakan segala janji aku tu… Tak banyak sebab sibuk ke sana ke mari. Padahal tak sibuk mana pun. Tapi, ramai sedara2 datang, takkan nak biar diorang dok melangut je, kan? Tapi, aku masih tak dapat nak jadi adil juga. Bila dah jumpa yang ini, yang itu dilupakan dan sebaliknya. Harap2 aku tak mengecilkan hati sesiapa… Itu jek laporan kenduri untuk kali ni.
*** Kat dapur…
*** Kat garaj…

*** Kat ruang tengah…

*** Kat dapur…
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 1st, 2006 by messagegurl
Tiba2 teringat macam2 kenangan lama yang pernah aku lalui dulu. Waktu aku sekolah di sebuah sekolah asrama. Macam2 yang berlaku sejak aku masuk dari aku masuk sekolah tu. Mula2 sekali biasalah home sick. Macam budak2 pulak. Lepas tu, peristiwa histeria.
Sekolah tu, kem sebenarnya. Tapi, sebab tempat asal sekolah tu ada masalah, pindah kat kem tu. Dan sekolah tu adalah sekolah agama. Firstly kena ialah kawan aku iaitu ketua dorm. Kena hampir waktu Maghrib sebab asalnya dia nak mandi wajib.
Sebelum tu kitorang tengah syok tengok latihan silat. Kalau tak boleh sembahyang, tak boleh masuk gelanggang. Tiba2 je bila aku masuk dia kata sakit kat ibu jari kaki kanan. Masa tu dia masih sedar lagi. Akhirnya malam tu dia kena histeria. Waktu dia kena, kitorang terus baca surah Yasin. Biasanya baca Yasin lepas tahfiz tapi sejak hari tu terus baca Yasin lepas Maghrib. Waktu tengah menghafal, aku terasa nak buang air kecil. Kebtulan ada seorang kawan nak ke bilik air sekali.
Tapi aku cuma ikut dari belakang sebab ramai yang teman dia balik asrama. Bila sampai asrama, ramai pelajar lelaki baca Yasin ramai2. Aku yang nak buang air tadi terus tak jadi. lepas keluar dari asrama, aku balik ke surau. Rupanya kawan yang balik asrama sekali tu pun terkena histeria juga. Masa kat tengah padang, kawan aku tu dah hampir pengsan. Lepas dia kena, seorang lagi kawan kena histeria. Malam tu sibuk jugalah. Aku tak kuat semangat jadi aku tak berani nak tolong.
Esoknya budak bertiga tu balik ke rumah. Tak sangka pulak ramai lagi yang kena lepas tu. Hari Jumaat tu, seorang ustaz tidak ke masjid sebab nak tolong. Bila dah terkena, aku ngan beberapa budak berlari ke asrama lelaki panggil ustaz. Pagi tu, budak2 yang kena histeria, ustaz dah pesan jangan datang tapi bia ustaz mengajar, diorang ternampak benda halus tu. So, tamat kisah pertama sepanjag aku tinggal kat sekolah asrama tu…

Posted in Uncategorized | No Comments »
June 1st, 2006 by messagegurl
Banyak betul kenduri sekarang ni. Pertama sekali jemputan yang aku terima adalah dari Mala. Dia akan bertunang Sabtu ini. I’m very sorry Mala for not attend ur engagement day. Tiba2 mak aku pun nak adakan kenduri kesyukuran hari yang sama. Baru sekejap tadi, Mala call. Dia baru tiba dari Singapore. Sejak dah keje kat S’pore ni, makin jarang aku dapat dengar suara dia. Jumpa? Jauh sekalilah. Dia ada ajak jumpa esok. Tapi, esok aku n family dah mula sibuk nak buat persiapan untuk hari Sabtu. Yang dianggarkan datang maybe 100 tapi rasanya tak mencapai target. Moga2 segala2nya berjalan dengan lancar. Tahniah untuk Mala n Abang Abbas…
Aku pernah kata yang kak Aisyah akan mengakhiri zaman bujangnya akhir tahun ni, kan? Rasanya postponed ke bulan Februari 2007. Lagipun bulan 10 ni, nak raya lagi. InsyaAllah aku akan tambahkan gambar2 kenduri nanti dalam blog nih…
Aku baru ditawarkan bekerja dengan sebuah kedai jahit kat Melaka. Kalau tiada aral yang melintang, 16 Jun ni aku pergilah. Entah macam mana agaknya nanti yek? Korang yang membaca ni, doa2kanlah aku ye?
Actually, aku nak letak gambar2 masa kat Bagan Lalang tu, tapi server lambat lah pulak. Aku kena siapkan cepat supaya tak terlambat. Masa dah tak banyak lagi nih. Kelmarin nak buat tapi, mengantuk sangat.
***** Inilah Mohd. Taufik, anak buah pertama aku…
***** Masa ni, umo dia 2 bulan…
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 30th, 2006 by messagegurl
Kat blogdrive, tajuk ngan cerita lebih kurang jak! Cuma kat dalam ni, specific sikitlah. Finally, kami terpaksa membawa kaki ini berjalan mengikut rentak yang bakal kami olahkan. Ianya cuma untuk masa depan kami juga…
Alhamdulillah, kami lulus dengan cemerlangnya. Hasil usaha Cik Emi, Puan Puspa, Makcik Kamariah n Ju @ momok membantu Batch 16 dari mula hingga akhir. Sehari sebelumnya, saat2 mendebarkan, menanti result sama ada kami disahkan trampil atau tak, Jijah dah menangis. Aku tahu kenapa sebabnya. Setelah setahun, bersama2 mengharungi dugaan dan cabaran, tiba2 terpaksa menghadapi sesuatu yang aku sendiri tak sanggup nak hadapi. Semuanya bagai tidak mengizinkan perpisahan itu terjadi.
Hari perpisahan itu, aku nampak Adah nangis sambil makan KFC. Bila ditanya, katanya pedas makan ayam tu. Alah, biasalah tu… Lepas tu, Faez pula menangis. Aik? Kata nak jadi boy? Nurul pun aku nampak matanya merah. Habis makan, aku ngan Kin masuk bilik nak jumpa Cik Emi. Tapi, aku langsung tak boleh nak menangis. Kenapa? Aku sendiri kurang pasti. Keluar je dari bilik Cik Emi, aku salam dan peluk Faez. Start dari itulah airmata aku mula gugur. Aku dan mereka tahu yang perpisahan itu menyakitkan. Seorang2 aku peluk dan minta maaf, sampai kat Midah, dia lari sebab dia taknak tengok aku balik. Tapi, akhirnya dia terpaksa mengalah. Harapan aku moga mereka semua di dalam peliharaan Allah…
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 26th, 2006 by messagegurl
Akhirnya perpisahan yang tidak mahu aku lalui, terpaksa aku tempuhi jua. Siang tadi, hari terakhir aku dan sahabat-sahabat di Yayasan. Lepas makan, kami bersalaman dan berpelukan sambil mata dengan digenangi air yang penuh. Tak sanggup rasanya aku lalui semua ini. Setiap sahabat2ku menitiskan airmata sambil memohon ampun dan maaf. Selama setahun kami lalui rintangan dan dugaan bersama2, segala suka duka, pahit dan manis telah ditempuhi. Walaupun pertemuan kami tak dirancang tetapi kami terpaksa jua berpisah. Semoga kami akan diktemukan lagi, insyaAllah. Pada mulanya memang sedikit pun air mataku tidak menitis tetapi kerana sayu melihat airmata sahabat2 yang mengalir dengan lajunya, akhirnya aku kalah. Cuma sedikit terlewat. Zie, Zila, Kin, Adah, Aini, Sal, Midah, Ieda, Su, Nurul&Nurul, Lin, Ida, Ima, Faez, Aida, Jijah & Asmah… Andai ada jodoh, kita pasti kan bertemu lagi… Berdoalah agar ukhuwah yang telah terjalin ini, selamanya diberkati dan berpanjangan hendaknya, insyaAllah!
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 28th, 2006 by messagegurl
Isnin yang lepas aku balik ke YPVWM semula. Tahniah untuk Iszrole n pasangannya, tak silap namanya Widura (satu bendera ngan aku-Johor) sebab nak kahwin 6 Mei 06 ni. Tahniah! Mar ada call bagitau nama anaknya, Nur Umairah Natasya. Sedap tu nama anaknya. Kata Mar, dah nama maknya sedap, anak pun mesti nak sedap gak. InsyaAllah, aku akan datang jenguk kau, Mar.
Rabu lepas, kitorang dapat jumpa Puan Puspa yang tengah menunggu hari nak bersalin. Tengah hari tu, tiba2 je balik. Ingat ada hal, tapi tiba2 salam Cik Emi siap peluk sambil menitiskan airmata. Rupa2nya cuti terus. Rasanya masa tu Puan Puspa dah rasa kot? Aku sempat pesan, jangan lupa beritahu kalau dah bersalin. Tup tup, petang tu pukul 7 dia mesej aku. Katanya selamat bersalin pukul petang dan her baby is the 3rd baby boy. Okeylah tu. Tapi dia harapkan perempuan tapi dia dapat rasa yang anaknya tu lelaki. Kitorang tengah planning nak ke rumah maknya kat Selayang. Entah bila ye kitorang sampai? Tunggu jelah.
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 19th, 2006 by messagegurl
Tomorrow is the last day of my practical… Yahoooo! Sad to leaving the boutique but I’m also feel happy for being there about 2 months! Lot’s of new thing I’ve learn from the staff of the boutique. I feel the same thing when the 1st week of practical. Sedih sebab must leave all the peeps at YPVWM. Sekarang ni, seding tinggalkan butik yang banyak mengajar dan memupuk minat aku untuk menjahit. Tapi, sekarang aku ada new hobby. Take a pics! Nak tangkap gambar memang senang tapi kalau mengikut kualiti tu yang payahnya. Tapi aku cuba sedaya yang boleh. Tunggu dan lihat saja gambar2 yang bakal aku upload kat sini… Cuma sekarang ini, ‘digicam’ yang aku ada sudah uzur sebab asyik makan bateri je. Len kali kalau nak beli biar yang mahal, berkualaiti dan tahan lama. My dreams to have new digicam and (if can) videocam… Macam2 yang aku nak buat kalau ada 2 benda ni. Ongkosnya mana mahu dicari? Kerja dululah cik Dayah oi! Ye betul tu… I have to find a job… Regarding what? Hahaha! Either tailor or clerk? Apa2 je lah. Moga2 aku dapat capai impian aku! Kalau nak diikutkan impian aku banyak lagi, iaitu:-
Kerja
Digicam (Sony Cybershot or Canon)
Videocam (Canon DV)
Kereta (Honda CRV or Toyota Innova)
Tulis Novel N Skrip Drama TV
*****Semoga tercapai segalanya*****
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 14th, 2006 by messagegurl
Till today, I’m still feel bored. Baru lepas tengok Fiesta Media Idola (FMI) kat Astro RIA. Best, tapi kejap sangat. Kalau pi sana mesti lagi best agaknya. Macam-macam sukan yang diadakan. Dimulakan dengan sukan Futsal petang tadi kata pengacara Pembukaan Rasmi FMI, Zainal Alam Kadir (Wayang Kita) & Raianna (Malam Ini Z&R). Nana ERA juga bertindak selaku pengacara bersama FMI tapi sibuk di padang temuramah kontinjen-kontinjen yang menyertai FMI. Lepas dirasmikan Sultan Pahang, segala jenis mercun pun menyala. Wah! Macam pesta pulak. Tapi, memang superb giller. Tahun ni, tahun kedua FMI diadakan. Bagus juga ada acara-acara sukan macam ni. Mengeratkan lagi tali persaudaraan antara manusia, insyaAllah. Lepas je habis tengok FMI, tengok channel lain. lepas tu, terus on PC. Surf internet. 2-3 hari jugalah tak online, sibuk dan penat.
Tadi petang, sempat ‘belajar’ dan ‘curi’ cara menjahit Jaket. Rupanya Jaket n Kot lain. Kot lining penuh, manakala Jaket liningnya separuh je. Cikgu tak rasminya ialah abang Md. Nor. Dialah yang sangat bermurah hati nak ajar kitorang jahit Jaket. Banyak yang salah pada Jaket aku ni. Sebab hujan dah berhenti dan jam pun dah menunjukkan ke pukul 5.05 minit petang, kami minta diri beransur pulang ke rumah. Takut nanti hujan semula. Kin n Nurul balik rumah diorang, aku pulak balik Taman Paroi Jaya. Kebetulan masa nak melintas, terserempak ngan kak Diana (my neighbour), dia ajak tumpang. Aku pun apalagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantallah. Masa nak naik tu pun hujan balik semula.
Malam ni cuma ada aku ngan Mak Bek je. Abah call taadi, kata balik esok pulak. Mak ngan abang pi Melaka sebab mak ada interview kat sana. Ajip pi JB sebab nak dengar taklimat untuk ke Mesir. Dia amek STAM dan alhamdulillh dia lulus dengan keputusan Jayyid Jidan. Aku tak berapa faam cuma aku umpamakan macam kita amek SPM, keputusannya pangkat 2. Macam itulah. Mak memang suruh Ajip pegi Mesir sebab bukan senang nak terpilih untuk ke sana. Aku pulak sokong je mana-mana keputusan dia. 24 April ni pulak dia ada interview course Bahasa Arab & Linguistik kat UM. U ni pun bukan senang nak masuk. Kalau dapat, alhamdulillah. Tapi Ajip tu seolah-olah tanak sangat ke Mesir. Mak kata, kalau dapat UM, pergi je. Tapi kalau dah masuk UM (andai kata) tapi tengah-tengah belajar kat situ, tawaran dari Mesir pun dapat, keluar UM, masuk U kat Mesir. Untungnya jadi orang pandai ni. Aku juga ketinggalan sekarang ni. Aku ada seorang cousin lelaki, Aizat namanya dan hampir setengah tahun dia study kat Madinah. Aku masih ingat lagi tarikh dia ergi sana, 4 September 2005. Masa tu aku kat Bukit Fraser ada Kursus Asa Kepimpinan anjuran Belia 4B Kampung Pandan. Kalau Ajip pergi macam Aizat pergi, pastinya aku ada destinasi lain untuk ditujui nanti. Mana tahu ada rezeki aku akan kerja dan kumpul duit untuk melawat Ajip. Dan sekarang aku mengharapkan keputusan yang sama seperti permintaan mak. Moga-moga berjaya kat mana je dan apa je bidang yang kau ceburi. Aku tak kisah kau nak pilih apa yang penting kau minat.
Posted in Uncategorized | No Comments »