Archive for July, 2006

Cari Kerja…

Wednesday, July 12th, 2006

Semalam sempat find a job through internet. Tiba2 bila nak check balik, terlupa lah pulak alamat webnya… Aduh! Parah sih… Macam mana ni? Macam mana aku nak semak status permohonan aku? Banyak benda yang perlu diselesaikan ni. Hati aku takkan tenang selagi aku tak punya keje… Bila tak buat pape, aku terfikir dan banyak benda nak tulis tapi bila dah depan ni, tiba2 blank lak pale otak aku ni…
Sebelum melalut lebih panjang, aku nak ucapkan Hepi Belated Besday to my fren… Acai. Sian dia orang wish tak ramai eh? Manalah saya tahu 8 Julai ur besday? Itupun kalau tak frenster yang remind dah tentu gue nggak tau sih. InsyaAllah tahun depan akan ucap awal2 lagi tau? 
Aku masih cuba nak ingatkan kembali alamat laman web yang Nunu bagi tu… Mana nak cari? Aku langsung lupa ni… Takpe, aku kena cari gak sampai dapat… Tak dapat gak aku kena tanya Nunu baliklah… K la bubye. Chiow dulu…

Kiroro Mirae…

Friday, July 7th, 2006

Thanks to my bro’s lover… Punyalah lama aku mencari finally aku dapat atas bantuan dia gak… Thanks again… Masa belajar jahit, aku sempat belajar bahasa Jepun dan lagu Kiroro Mirae ni kitorang guna sebab kena guide students dari Jepun yang datang ke Malaysia. Diorang datang hari pertama puasa baru2 ni… Seronok memang seronok dan tersangat penat sebab puasa kan? Sampai kat hotel, tunggu bebudak lain dan naik ke ballroom. Kitorang dapat tepukan gemuruh dari semua students Jepun dan guru2nya sekali. Malu tu… Bukan sebab dapat tepikan tapi sebab diorang dah tunggu kedatangan kitorang. Patutnya kitorang yang sambut tapi diorang lak yang sambut. Biasalah Jepun ni kan tepati masa? Sepanjang aku bawa budak2 Jepun ni, memang tepati masa betullah. Walaupun 10 minit aku bagi masa banyak tu jugalah yang diorang guna. Pertama kali memang risau nak lepaskan bebudak tu semua tapi mungkin diorang ni memang kaki jalan, so tak kisahlah pergi mana pun. Patutnya banyak lagi tempat yang kena pergi tapi asyik kat Sungei Wang… Keluar kejap kat Lot 10 tapi diorang nak masuk balik. Sebenarnya kedatangan diorag ni untuk buta kajian tentang Malaysia tapi banyaknya shopping je. Aku guide diorang tapi bila bercakap macam ayam dengan itik. Akhirnya cakaplah English tapi diorang manalah nak cakap English malah tak tahu langsung… Akhirnya guna bahasa isyarat je. Seharian dok teman diorang kat Sg. Wang, macam2 yang dibeli budak2 tu. Habis semua karakter2 kartun yang datangnya dari negara diorang diorang borong. Murahnya barang2 kita? RM 19.90 tu bagi dirang terlalu murah. Ingatkan menjerit sebab mahal rupanya murah sangat. Tak cukup duit Malaysia yang dibekalkan, diorang guna pulak USD… Bila dikenang balik tergelak sendiri aku… Hehehe… Dan diorang telah melupakan kakak diorang yang seorang ni… Sedihnya? K, la… Thanks Acai sebab sudi singgah n komen…
Wassalam…