World Of Love…

Dah ter’skip’ menulis blog ni. Minggu ni asyik bangun lambat je. Nak kata penat buat keje tak juga. Penambahan berat badan kot yang membuatkan aku jadi macam ni. Walau apapun yang terjadi, cita2 mesti diteruskan, keje2 lain mesti diteruskan dan segala2nyalah…
Melihat kepada tajuk hari ni, ada kaitannya dengan sebab mengapa aku tak dapat nak menulis dalam dua tiga hari ni. Sejak my 2nd bro in love with someone, kejenya asyiklah chatting n chatting. Sekarang ni pun dia asyik push aku dan suruh aku cepat sikit. Ek eleh mamat sorang ni… Pleasela! Aku faham dan tahu macam tulah orang yang 1st time in love eventhough I’m not the one yang termasuk dalam situasi ni. Semuanya yang dilakukan kerana ‘dia’. Dah ada orang untuk kongsi masalah, mengadu itu n ini n so on.
Aku belum lagi melalui fasa ini atau mungkin tidak kot? Entahlah, semuanya takdir Allah. Walaupun kadang2 aku impikan untuk melaluinya TAPI bila kawan2 dah bercerita tentang pelbagai perkara, membuatkan aku jadi takut…. Warggggghhhhhh! Taklah sangat… Bila teringin sangat nak laluinya aku akan pandang ke belakan kembali pada kawan2 yang dah ke hadapan… Berjaya sebagai pekerja dan pelajar, tak ada seseorang yang dinamakan lelaki menjadi teman… Mereka boleh berjaya sebagai orang yang sangat aku kagumi…
Aku sedang cuba untuk mencontohi mereka2 ini. Yah! Aku akan jadi seperti mereka juga, bahagia dengan kehidupan mereka… Bukanlah membuang lelaki dalam hidup TAPI mesti berjaya dulu barulah boleh memikirkannya kemudian hari.
Petang tadi, Puan Puspa call. Isnin ni dia start keje semula lepas 2 bulan berpantang setelah melahirkan Ahmad Darwisy Irfan, puteranya yang ketiga… Belum sempat melihat wajah anak Adam itu… Mungkin ada rasa kecil hati sebab dah 3 putera tapi aku yakin dia dapat menerimanya. Biasalah tu kalau terlalu mengharap. Ada hikmah disebalik semua anugerah Allah yang tak ternilai ini. Kalau ada masa aku akan menziarahi anak2 Puan Puspa…
Bercerita pasal baby baru, aku baru dapat berita gembira, kawan baik masa kat INPENS dulu dah selamat melahirkan anak pertamanya, Mohd. Farhan. Katanya, ingatkan dapat perempuan. Aku kata, takpelah. Mana tahu lepas ni dapat perempuan. Oklah, my bro in love tu nak guna sangat laptop ni. Bubye…

Leave a Reply