Trend Diari Online… Minah Chat@Karangkraf

  Books
       Actually ‘curi’ cite dari Majalah Remaja. Kalau ada duit lebih je aku beli, kalau tak jangan haraplah. Dulu2 memang aku tak kisah langsung kuarkan duit yang banyak sebab nak beli majalah atau novel yang aku suka.
Book Club
       Kira penuh jugalah rak buku aku dengan majalah pelbagai jenis. Dara.com, Remaja, Perkahwinan, URTV, Media Hiburan, Galaxie, Mangga, Bintang, Seleksi, Hai dan yang terbaru InTrend. Majalah InTrend ni kira bagus juga sebab banyak info berguna yang boleh diguna pakai. Baru je start dari Siti Nurhaliza jadi cover girl bulan lepas. Bulan ni, cover girlnya Camelia. Banyak gosip artis dari luar je. Formatnya aku kira macam majalah inggeris yang ada. Kira berbaloi kalau beli. Try beli sebab Mala pernah beli dan dia adalah peminat setia InTrend. Katanya lepas ‘lahirnya’ InTrend ni, langsung tak beli Remaja lagi. Kata dia, dia bukan   remaja lagi. Kalau tak silap peringkat remaja bermula dari umur 15 tahun hingga 40 tahun. Masa attend kursus kepimpinan kat Bukit Fraser tahun lepas, penceramah tersebut pernah kata benda yang sama ni…
Computer
        Berbalik kepada tajuk diatas, Minah Chat ni kata memandangkan senario ‘Blog’ semakin berkembang pesat di kalangan pencinta2 teknologi pengkomputeran hari ni Minah Chat berbesar hati untuk memetik satu pakar psikologi barat mengenai kehadiran kemudahan teknologi ini. Menurutnya, kehadiran ‘blog’ sebagai diari di kalangan pengguna2 IT hari ini ada satu peluang terbaik kepada mereka menyalurkan persoalan2 hidup, bebanan fikiran dan perasaan yang dialami. Secara tidak langsung ia boleh mendatangkan kebaikan kepada para pengguna, kerana pengguna dapat melempiaskan bebanan masalah yang sedang mereka alami menerusi penulisan luahan/rintihan perasaan di internet. Walaubagaimanapun, pengguna haruslah menggunakan kemudahan ini dengan bijak. Asalkan jangan menjual diri dalam Blogger sudah!

Leave a Reply