Kenalan…

Hehehe… Kadang2 tajuk lain, isinya lain. Alah, payahlah tiap kali nak tulis kena fikir tajuk. Tapi kalau takde tajuk, nak tulis pulak. Actually, kalau kenalan memang banak. Tapi yang specific, maksudnya yang boleh dipanggil sahabat tu cuma ada beberapa je. Kenapa? Sebab orang2 ini je yang punya kredbiliti sebagai seorang sahabat. Tak guna juga kawan bertahun2 tapi ciri2 tu tak nampak. Bukanlah menidakkan bahawa kawan tu penting tapi kalau yang membawa ke arah tidak membina kan susah? Kalau kawan tu tak membina n kita pun turut sama tak membantu agak parah jugaklah. Aduh! Aku masih terbayang2 sahabat2 aku yang sedikit demi sedikit pergi meninggalkan aku keseorangan.
Yelah kadang2 kita tak perasan yang kita ambil enteng walaupun rasanya dah buat sebaik mungkin… Susahlah nak dimengerti apa yang orang nak dan apa yang kita sendiri perlukan. Bila sahabat2 sentiasa ada kat sisi, aku langsung tak terfikir yang diorang akan tak ada juga satu hari nanti. Mungkin ada hikmah disebalik segala2nya.
Aku selalu berazam akan menghargai sesiapa je yang berada di sekelilingku tapi itulah, yang diharap menjadi benda lain. Aku sebolehnya tak mahu menyesal di kemudian hari. Tapi, akhirnya perasaan menyesal tu berbekas juga di hatiku ini. Semua luahan hatiku hari ni adalah kesinambungan dari blog Nana ERA… Apa yang aku rasa sama seperti apa yang dirasa Nana.
Cuma rindu pada family mungkin tak pernah lagi sebab hari2 dok ngan diorang. Tapi kalau berjauhan sekalipun aku cuma rindu satu2 masa. Masa ni buat apa, masa tu buat apa… Entahlah mungkin aku tak diajar begitu. Kalau ada salah faham je, aku akan rasa macam aku ni tak ada gunanya kat dunia ni. Tapi Tuhan itu Maha Adil dan Saksama. Takkan Dia jadikan aku tanpa sebab kan? So, aku kena sentiasa ingat perkara nilah. Oklah, aku nak sambung taip skrip aku. Nanti sampai ke sudah aku tak masuk contest tu…

Leave a Reply