Aktiviti Hari Ini!

Tak ada apa yang aku buat. Kemas dapur, tak sapu dalam rumah pun. Buat sarapan, tapi x makan. Menaip sebab nak sangat masuk pertandingan menulis skrip anjuran IKIM… Dah 2 tahun aku tak dapat nak masuk. Aku memang minat menulis dan menaip. Ada gak terasa nak belajar menulis skrip kat ASK tapi tak jadi. Nak kena ada skrip sendiri dulu baru boleh masuk ASK. Memang tak masuklah. Asyik study tapi keje tak jugak. Bukan tak suka study tapi aku mesti bagi ruang untuk bekerja pulak. Lepas penat menaip, aku tido. Tup! Tup! Dah pukul 12 tgh hari. Mak aih? Apa punya perempuan ni? Lepas tu aku bangun dan mandi. Hihihi… Baru nak mandi? Itu yang asek pening pale je. Tak masak pape pun. Baru aku ingat tengah hari tadi aku tak makan nasi? Malam tadi pun makan mee sup je. Biar botul? Kalaulah hari2 aku macam ni, beshnyer…
Lepas logout ni, aku nak sambung menaip yang dah aku tinggalkan tadi. Harap2 siaplah. Terima atau tak, aku tak kisah asalkan aku dah siap buat. Dan cita2 aku yang masih tak termakbul lagi, nak tulis dan buat novel sendiri. Asek baca orang punya je. Ini pun kesinambungan dari Nad gak… Tunggu dan lihat je. Janji tetap janji dan aku mesti kotakan. Semoga aku tak memungkiri janji aku ni…

One Response to “Aktiviti Hari Ini!”

  1. bydojode pornid Says:

    sympathetic milieu! nicely done!

Leave a Reply