Kasihku Abadi…
Thursday, June 29th, 2006Hari ini aku masih terfikir akan blog yang aku sampaikan semalam. Aku tahu hanya aku je yang menulis dan membaca tapi aku puas! Dengan cara ini, perasaan yang bercampur baur dapat aku huraikan kat sini dengan perkataan dan ucapan yang sangat berhati2 dan tersirat. Bila difikirkan balik memang patut aku luahkan semuanya tapi tak kena pula caranya. Nanti segalanya terbongkar. Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan tapi macam tak nak keluar pulak. Sebab kalau tersalah tulis, terguris pula hati2 yang lain.
Sampai hari ini masih tak punya keje dan aku bukan hendak menafikan perlu berdoa… Dan aku telah lakukannya tapi bukan nak merungut atau mengeluh. Aku perlu usaha, doa, ikhtiar dan bersabar. Aku tak mahu gelojoh. Aku hanya manusia biasa je… Cuma aku tak nampak mana kelebihan aku.
Tadi tengah hari aku tengok Diari AF musim 4. Aku nampak Farhan nangis. Memang tersentuh hati dengar lagu Siti Nurhaliza tu. Memang aku sendiri dapat rasakan. Memang aku minat Farhan, Velvet dan Faizal… Itu AF4, AF2 dah tentu Zahid, Edlin dan Adam juga Farah… Vince, Atie n Azza… Hehehe! Peminat AF rupanya? AF4 ni je yang aku dapat rasakan yang diorang ni jujur. Jujur dari segi perwatakan. Itu pada pandangan aku…
Yang berkaitan tajuk hari ni ialah aku nak kasih antara aku yang dah terjalin ngan sesape je aku nak abadi hingga akhirat nanti. Pada yang sudi jadi kawan2 aku kat sini atau mana2 je, thanx a lot! Pada yang sudi singgah dan baca blog aku… (aku amat mengharapkan perhatian kalian untuk memberi sebarang respons)… Aku tak mahu ukhwah yang terbina berlalu begitu sahaja dan terasa sunyi… Hish! Apa2 jela kan? Irsyatulain… Thanx 4 being my great sis since both of us meet in 1999. Thanx 4 always taking care of me, luv me n so on. Please forgive in everything that i do n hurt ur heart. I’m not being ur bestest sis eventhough we’re not the real siblings… Hehehe, betul ke ayat aku nih? Apa2pun ianya sincere come from my heart. Sara jangan lupa selalu mai sini na? I’ll always luv u…
*** Inilah Saraku…









