Perpisahan!!!
Akhirnya perpisahan yang tidak mahu aku lalui, terpaksa aku tempuhi jua. Siang tadi, hari terakhir aku dan sahabat-sahabat di Yayasan. Lepas makan, kami bersalaman dan berpelukan sambil mata dengan digenangi air yang penuh. Tak sanggup rasanya aku lalui semua ini. Setiap sahabat2ku menitiskan airmata sambil memohon ampun dan maaf. Selama setahun kami lalui rintangan dan dugaan bersama2, segala suka duka, pahit dan manis telah ditempuhi. Walaupun pertemuan kami tak dirancang tetapi kami terpaksa jua berpisah. Semoga kami akan diktemukan lagi, insyaAllah. Pada mulanya memang sedikit pun air mataku tidak menitis tetapi kerana sayu melihat airmata sahabat2 yang mengalir dengan lajunya, akhirnya aku kalah. Cuma sedikit terlewat. Zie, Zila, Kin, Adah, Aini, Sal, Midah, Ieda, Su, Nurul&Nurul, Lin, Ida, Ima, Faez, Aida, Jijah & Asmah… Andai ada jodoh, kita pasti kan bertemu lagi… Berdoalah agar ukhuwah yang telah terjalin ini, selamanya diberkati dan berpanjangan hendaknya, insyaAllah!