Archive for May, 2006

Perpisahan Terasing…

Tuesday, May 30th, 2006

       Kat blogdrive, tajuk ngan cerita lebih kurang jak! Cuma kat dalam ni, specific sikitlah. Finally, kami terpaksa membawa kaki ini berjalan mengikut rentak yang bakal kami olahkan. Ianya cuma untuk masa depan kami juga…
Alhamdulillah, kami lulus dengan cemerlangnya. Hasil usaha Cik Emi, Puan Puspa, Makcik Kamariah n Ju @ momok membantu Batch 16 dari mula hingga akhir. Sehari sebelumnya, saat2 mendebarkan, menanti result sama ada kami disahkan trampil atau tak, Jijah dah menangis. Aku tahu kenapa sebabnya. Setelah setahun, bersama2 mengharungi dugaan dan cabaran, tiba2 terpaksa menghadapi sesuatu yang aku sendiri tak sanggup nak hadapi. Semuanya bagai tidak mengizinkan perpisahan itu terjadi.
       Hari perpisahan itu, aku nampak Adah nangis sambil makan KFC. Bila ditanya, katanya pedas makan ayam tu. Alah, biasalah tu… Lepas tu, Faez pula menangis. Aik? Kata nak jadi boy? Nurul pun aku nampak matanya merah. Habis makan, aku ngan Kin masuk bilik nak jumpa Cik Emi. Tapi, aku langsung tak boleh nak menangis. Kenapa? Aku sendiri kurang pasti. Keluar je dari bilik Cik Emi, aku salam dan peluk Faez. Start dari itulah airmata aku mula gugur. Aku dan mereka tahu yang perpisahan itu menyakitkan. Seorang2 aku peluk dan minta maaf, sampai kat Midah, dia lari sebab dia taknak tengok aku balik. Tapi, akhirnya dia terpaksa mengalah. Harapan aku moga mereka semua di dalam peliharaan Allah…

Perpisahan!!!

Friday, May 26th, 2006

Pelangipetang Akhirnya perpisahan yang tidak mahu aku lalui, terpaksa aku tempuhi jua. Siang tadi, hari terakhir aku dan sahabat-sahabat di Yayasan. Lepas makan, kami bersalaman dan berpelukan sambil mata dengan digenangi air yang penuh. Tak sanggup rasanya aku lalui semua ini. Setiap sahabat2ku menitiskan airmata sambil memohon ampun dan maaf. Selama setahun kami lalui rintangan dan dugaan bersama2, segala suka duka, pahit dan manis telah ditempuhi. Walaupun pertemuan kami tak dirancang tetapi kami terpaksa jua berpisah. Semoga kami akan diktemukan lagi, insyaAllah. Pada mulanya memang sedikit pun air mataku tidak menitis tetapi kerana sayu melihat airmata sahabat2 yang mengalir dengan lajunya, akhirnya aku kalah. Cuma sedikit terlewat. Zie, Zila, Kin, Adah, Aini, Sal, Midah, Ieda, Su, Nurul&Nurul, Lin, Ida, Ima, Faez, Aida, Jijah & Asmah… Andai ada jodoh, kita pasti kan bertemu lagi… Berdoalah agar ukhuwah yang telah terjalin ini, selamanya diberkati dan berpanjangan hendaknya, insyaAllah!