Practical bakal tiba ke penghujungnya. Aku dah tak sabar nak habiskan the 2 weeks berikutnya ni. Tapi, aku risaulah. Banyak lagi keje yang belum disettlekan lagi. Apasal ngan tulisan ni? Tiba2 jadi besar?
Smocking belum mula. Sulam mesin pun tak order lagi. Kain kebaya ngan Gaun tak siap lagi. Bukan apa cuma belum tangkap gambar je lagi. Harap2 sebulan lagi selepas practical ni, aku sempat siapkan semuanya supaya aku TRAMPIL. Kalau tak, naya aku dibuatnya nanti. Menyusahkan semu orang.
Tadi, aku, mak ngan Nurul pi Jusco kat Seremban 2. Hahaha! Aku ingat taklah sebesar mana tempatnya. Rupa2nya setanding Alamanda ngan Mid Valley tu… Actually masa tengah jalan2 (tak beli apa2 pun, window shopping je) dengar suara orang sedang mengacara. Rupa2nya Azwan Ali mengacara Gempak Selebriti ASTRO. Then aku sempat tengok Azwan nyanyi ngan Ekin, Bob n Zahid. Aku ingat hanya Sabtu je dan Ahda diorang ke Tebrau City, JB. Tapi, entah kenapa agaknya ye? Jumaat malam baru2 ni, aku ngan Nurul ikut mak n Makcik Azizah pi Kolej MARA Banting. Sebab student mak kat Kolej MARA Seremban ada debate ngan budak KMB. Apa pun, aku enjoy dengan pertandningan tersebut. Dan kemenangan telah berpihak pada Otai Gurugawa dari KMB. Nama pun boleh tahan. Walaupun aku kurang dapat tangkap butir2 percakapan diorang, aku try to. Balik dari Banting, kitorang ke A&W seremban. Masa nak masuk, nampak Azwan Ali. Aku ingat dia celebrate birthday someone ngan kawan2 dia. Tapi, masa nak order makanan aku perhati kat meja yang Azwan duduk. Aku nampak Khai, Sazzy, Rosma, Edlin, Ekin duduk sekali. Baru aku ingat yang diorang ada program kat Jusco Seremban 2. Makcik Azizah yang belanja kitorang, asyik kata, pegilah minta sign diorang. Tak apalah. Tengok je. Mak kata, minta sign diorang pastu konyot2 depan diorang masuk tong sampah. Ada pula macam tu? Buang masa je. Aku sambil makan sambil perhatikan diorang.
Mungkin ramai akan berkata yang aku ni excited tengok artis ni, kan? Actualy bukan apa. Aku ni nak kata excited tu, taklah. Tengok sukalah. Tapi, more than that, takdelah. Actually, aku dah biasa ngan semua ni. Biasa jumpa orang2 luarbiasa macam diorang ni. Memang diorang manusia biasa cuma diorang ni dikenali hampir semua bangsa, kaum dan umur. Tak heranlah kalau ada yang terjerit2 bila nampak diorang ni. Nasib baik aku bukan salah seorang dari mereka2 yang terjerit2 ni. Cuma aku selalu berangan2 untuk berkawan dengan orang2 macam diorang yang ‘extraordinary’ ni…