Archive for March, 2006

Hujanlah

Wednesday, March 29th, 2006

Hari ni entah hari yang ke berapa, asyik hujan ye? Balik dari butik, ingat nak tangkap gambar hujan yang sedang rintik-rintik tapi… battery low pulak. Actually nak share something that related with Budi Bahasa Buadaya Kita campaign. Bukan apa sangatla cuma tertarik with one girl ni. Dia boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak. Comel pulak tu bila senyum walaupun giginya hanya ada beberapa batang je. Aku ngan Nurul tengah jalan nak balik rumah. Masa tu tengah naik bukit and berlaku Jumaat lepas. Tengah penat berjalan, aku yang dah kat depan ni nampak this girl keluar dari sebuah rumah sambil membawa beg dan buu-buku. Rasanya baru balik dari tuisyen. Dia pandang aku dan senyum. Dia tegur, "Assalamualaikum, kak." Aku jawab, walau terkejut dan senyum balik pada dia. Dengan Nurul pun, dia beri salam dan senyum. Mata aku mengekori perjalanan girl tu, balik kerumah dia. Ya Allah! Sangat berbudi bahasa budak kecik tu. Bak kata orang, sejuk perut ibu mengandung. Ramah betul girl tu. Kalau nak dibandningkan ngan aku yang hampir 23 tahun hidup ni. Malu sungguh aku dengan girl sangat cute tu. Tapi yang peliknya, langsung aku tak jumpa lagi ngan budak kecik tu. Mungkin Allah jumpakan aku ngan girl tu untuk belajar cara-cara bagaimana nak hormat orang lain. Kalau ikutkan, mana ada budak kecik yang ramah-tamah macam tu. Jarang sangatlah. Bagus dan harapnya dia akan begitu selamanya. Girl tu pun pakai tudung gak, bertambah comelnya. Jiran aku yang dah 13 tahun umonya tu pun tak pernah nak tegur sapa ngan family aku. Her parents, so far so good. Memang sombong sangat girl sebelah rumah ni. Tapi, kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi, kan?

Di kesempatan ini, aku ngan seluruh family aku nak ucapkan selamat bertunang pada kak Aisyah yang sangat disayangi dan disenangi semua orang.Kak_aisyah Untung dan tahniah abang Fahmi. Really, aku sayangkan kak Aisyah, seolah-olah dia kakak aku. Kadang-kadang aku, Rani atau kak Atun panggil dia kak Aisyah atau Mak Buah. Sebab anak buah dia seumur aku n Rani study kat tempat yang sama gak. Kak Aisyah bukan sahaja cantik segala-galanya tapi, pandai sangat. Dan telah dikhabarkan yang dia dan abang Fahmi akan melangsungkan majlis perkahwinan bulan 10 ni. Didoakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Actually dah lama tunggu saat-saat macam ni. Sampai abah tanya, bila kak Aisyah ngan abang Fahmi nak kahwin? Aku kata yang bila sampai waktunya, diorang kahwinlah, Bah. Sebab kak Aisyah n abang Fahmi dah pernah jumpa family aku dan kenal. Rapat tu, taklah. Seronok dan bertuah dapat kenal both of you.

Last but not least, last Sunday I went to kak Izan’s house n met our new born family members. Namanya, Mohd. Taufik. Bila nak balik, kak Izan ingat nak tambahkan Hidayat kat belakangnya. Entah jadi, entahkan tidak. Lebih kurang nama gue tu. Asyiklah tido tau Taufik ni. Malam nanti, susah pulak nak tido. Bila buka mata, bulat mata hitamnya tu. Cute sangat tau. Dia bangun, bila dia haus or lapar n buang ayaq je. InsyaAllah bulan akan datang, kami semua akan menjenguk Taufik lagi.

P/S: Mengenalimu 1 kebetulan… Menyayangimu 1 kemestian… Melupakanmu 1 kepayahan… Meninggalkanmu 1 kepedihan… Special for kak Aisyah.

Hikmah Kembara…

Thursday, March 23rd, 2006

Tengok tajuk kat atas… actually tak ada tajuk lain lagik. Kelmarin sempat siapkan pola jaket. Sementara tak beli kain lagi, aku try tengok-tengok dulu mana-mana fesyen yang cantik n suitable for me to wear it. Macam-macam yang aku tengh fikir nak design. Tanya pendapat orang lain lagi, mana tahu ada antaranya yang ok ngan aku. InsyaAllah this weekend aku nak pi cari kain untuk buat jaket nih. Nanti tangguh-tangguh, alamatnya samapi bila pun tak siap. Ingat nak ke KL, pi pesta buku tapi at last tak jadilah kot. Aku rasa nak ke Pandan Indah je. Tengok Kak Izan n her baby.

Pictures Everywhere!

Wednesday, March 22nd, 2006

Lepas dah tengok macam-macam gambar (kawen, environment n so on ), rasa macam nak tangkap gambarla. Macam gambar orang kawen ke, kan? Bestla… Tengok Ratu Sehari last Monday, diorang siarkan gambar-gambar wedding dari Kid Chan Studio. 17 He’s inspired me to take more picture. Tapi Kid Chan ni banyak buat gambar-gambar kawen. Yang lain pun ada tapi, lebih pada wedding. Memang really beautiful n luvly pics. Harga pakej ada, tak pakej punya pun ada. Tapi, the price also ‘beautiful’… Sekarang, baru-baru nak cuba tangkap gambar yang ok tapi x pro lagi. Aku pun lom sampai tahap amatur ni.

p/s: Lia, ingat pesan akak tau?

Kak Izan’s 1st Baby!

Sunday, March 19th, 2006

Actually semalam tiba-tiba mak ajak aku tengok kak Izan. Dikhabarkan dia akan keluar wad esok (Monday) sebab anaknya ada sikit problem. Bila dah sampai hospital, rupa-rupanya takut dijangkiti kuman je. Overall, semuanya selamat. Sempat tengok the baby. Comelnya? Biasalah, mana ada baby yang tak comel? Dan beratnya ialah 3 kilo lebih. Kata mak, kira berat juga tu. Like the one of ma’ bro… Paling berat masa kecil dan paling (boleh tahanlah) kurus. Dapat engok baby kejap je. Lagipun baby tido lepas disusukan maknya. Dan yang penting his hair sangatlah lebat. Nama dia masih belum diberi. InsyaAllah next week aku ke sana lagi. Tengok baby lagi… Tunggu Cik Long datang eh? Ok ke nama tu? Actually aku lebih prefer guna nama tu. Tak tahulah kenapa kan? Tak kisahlah janji aku ke sana nanti… Anak buah lain panggil makcik la, auntie la n so on. Ok je, aku really tak kisah. Masa nak balik tu, kata mak…rasa macam nak bawa balik je baby tu. Macam kitorang masa kecil-kecil dulu pulak… Macam lain je maksud tu? Mendalam sungguh tu! Dakketiak

***comei tak this baby?

***macam nilah semua baby kan? cuma ni anak omputeh je…

Bingkisan Istimewa Dari Imah!

Sunday, March 19th, 2006

Tiba saat indahmu…

Lahirmu rencana Tuhan…

Menjadi Khalifah di Bumi sementara…

Redahlah belantara kehidupan…

Berbekal secangkir iman…

Kutiplah kekuatan dari pantai pengalaman…

Hiruplah madu ilmu dari kuntuman taman pesantren…

Andai rasa goyah…

Andai rasa payah…

Mohon kekuatan sejati…

Yang ada pada Illahi…

Hidup memang acap menduga…

Kebalkan taqwa…

Mampankan wibawa…

Biar taufan dan ribut melanda…

Usah!…Usah berpaling dari perjuangan…

Saban waktu dikau meniti usia…

Yang fajar pasti akan senja…

Kelopak usia terus berguguran…

Satu persatu…

Usah leka wahai sahabatku…

Ukirkanlah seindah-indah lukisan hidup…

Di atas kanvas putih milikmu…

Agar suatu hari…ia menjadi kenangan abadi…

Di galeri hati insani…

Teruskan Juangmu!

Lot’s of Luv!

-eims-

Luahan Hati…

Sunday, March 19th, 2006

Terlalu banyak perkara yang hendak aku ungkapkan, TAPI dapatkah aku luahkan semuanya? Bila jariku leka menari di atas papan kekunci, tiba-tiba fikiranku kosong. Seolah-olah tiada apa yang terbuku di jiwa ini. Mengapa jadi begitu? Sedangkan aku punya banyak masalah. Aku tahu aku perlu dan MESTI keluarkan semuanya. Tapi, pada siapa? Tiada siapa yang dapat membaca fikiranku, memahami jiawaku. Kecuali Yang Satu! Tapi, aku tak punya kudrat untuk meluahkannya. Terlalu banyak kesilapan lalu yang telah aku lakukan. Dan aku sedang berusaha untuk menjadi yang lebih BAIK!  Aku perlu kuat untuk menghadapi segala-galanya. Aku mesti tabah tanpa bantuan pihak lain.

Jari ini masih ingin menari, tetapi tak tahu hendak mengikut rentak yang mana satu? Kita punya banyak pilihan tapi, aku buntu dan semakin bingung.

Jari-jemariku…berhentilah untuk seketika. Aku tahu, kau pasti penat menurut kata hatiku. Rehatlah, semoga kau dapat mengumpulkan kembali madu kekuatan untuk terus meniti di atas pentas tarian luahan hatiku ini…

Hujung Minggu!

Friday, March 17th, 2006

Jumaat!!! Penghulu segala hari. Kalau ikutkan sekarang ni dah Sabtu sebab masuk je waktu Maghrib dikira masuk satu hari yang baru. Balik je dari ‘keje’, aku tengok tv cite "Seed of Hope". Kalau tak, tak tengok gak lepas habis cite "Armed Reaction 3" tapi mak adalah pengaruh terbesar aku. So, bila tengok mak tak pernah terlepas tengok cite bersiri tu, aku pun join gak la. Best juga the story. Bagi aku inspirasi yang sangat banyak. Lepas tu, aku tengok "klik2 AF" ulangan. Sampailah pukul 7 lebih. Dah tu, mandi. Lepas mandi, baring2 then tertidur pula. Mak suruh masak tapi aku sakit kepala. Ingatkan lepas bangun tido, lega. Tapi still macam tu. Tiba2 rasa lapar pula. Aku tengok siaran live "Konsert Kemanusiaan Remaja Prihatin" kat Ria. Setengah jalan, aku masuk dapur masak nasi, goreng ikan masin ngan masak sup ‘Mee Suah’. Korang pernah makan tak? Masa aku nak masak ‘Mee Suah’ tu malam semalam, kawan aku yang dok ngan aku (the 2 gurls) kata "Apa benda ni?". "Mee lah.". "*** tak pernah tengok pun.". "Peliklah *** ni. Tak pernah makan?". "Tak. Macam mana masaknya?". "Macam masak maggie.". "***** pun tak pernah makan gak.". "Kalau *** rasa sedap, *** beli.". "Mak, diorang kata tak pernah makan.". "Sebab tulisan cina."."Dari akak kecik sampai sekarang, kalau dah tak ada makanan sangat, inilah yang kitorang makan. Abah akak pun suka."

Aku ingat semua orang dah biasa makan benda ni. Tapi, entahlah. Gud news! Kak Izan give birth. The new born baby is Kak Izan’s son (16th of March 06). Nama tak tahulah lagi. Tahniah, Kak Izan! N ma’ best fren, Mariya Ulfah pun give birth ( 15th of March 06). She’d a daugther n nama pun tak diketahui lagi! Sepasanglah ngan Kak Izan. Tahniah Mar n Rimi @ ibu n ayah. Sori Mar, aku memang nak sangat menziarahi kau tapi, masa tak mengizinkan langsung. Kalau dah stabil masa n money, aku datang umah kau eh? N Kak Izan, wait for me next week. I’ll be there next week sekali ngan Book Fair! Tak sabar nak peluk cium ma first ever nephew.

Konvo5 ***** Kak Izan with her mom n dad also her luvly husband…

***** Tengah mengandungkan anak pertama masa ni…

Sukanya!!!

Tuesday, March 14th, 2006

Aku bosan la hari-hari macam ni. Walaupun macam dah suka ngan menjahit tapi kalau dah everyday asyik menghadap benda yang sama… x bosan ke? Kalaulah aku ni boleh buat apa je yang aku suka kan best. Alah, macamlah boleh. BOOOOSAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN! Teramat bosan ni.

Pukul 3 pagi ni, aku dapat mesej dari Mar x-student al-Ain yang dia akan melahirkan anaknya today or tomorrow. Lagipun dah lewat 5 hari. Kesian Mar. Aku doakan kau sihat ngan baby sekali. Aku nak menziarahi dia. Kebetulan, dia pilih untuk bersalin kat Hospital Seremban. Kalau tak pergi kat sini, insyaAllah kat rumah dia nanti. Kata dia, kalau tak bersalin juga, doktor pakse suruh bersalin juga. Susah juga bakal ibu ni ek?

Aku terima berita gembira dari Rani, sahabat yang aku kenali sejak aku tingkatan 2 lagi. Alhamdulillah, hidup dia kini semakin bersinar terang dan bahagia. Bakal-bakal menerima orang baru katanya. Lupa pula nama sang lelaki tersebut. Tahniah Rani. Kawan awak yang seorang ni juga yang tak ok-ok lagi. Entahkan jumpa, entahkan tidak.

Hari ini juga kak Izan, my cousin bakal melahirkan anaknya yang pertama. Aku pula yang excited lebih dari si ibu. Dah lama sangat tak jumpa kak Izan since lepas raya Aidilfitri yang lalu. Lagipun anaknya ini adalah cucu pertama keluarga kitorang. Semoga kak Izan n Mar selamat melahirkan anak, sihat kembali dan gembira dengan kehadiran cahayamata anugerahNya ni. Biiznillah!

Dsci0057   

***orang yang takde keje…

 

Marahnye Aku…

Monday, March 13th, 2006

Jumaat lepas, one of my fren yang tinggal ngan aku buat sementara waktu ni, balik tanpa memberitahu aku. Eventhough aku nampak dia balik tapi, berbudi bahasalah sikit, kan? Ada ke balik menonong je? Pesan kat orang lain pulak tu. Aku ni sapa? Last nite aku call dia, tak angkat. Lastly dia call me back. Aku cakap kat dia then dia minta maaf. Bukanlah aku kejam sangat nak marah orang, tapi kita kan manusia dari timur pula tu… dah tentu punya adab dan sopan… Nasib baik dia boleh terima apa yang aku cakap. Act, dia bukannya senang nak accept apa je yang orang komen pasal dia. Ada je yang tak kena kat mata dia. Padahal apa yang jadi pada dia adalah kesan dari orang dia komen. So, kat sini pun kita leh nampak yang apa je kita cakap tak elok pasal orang lain, kita pun akan jadi macam tu gak…

Siang tadi, aku ngan kawan lagi satu (bukan yang kat atas) open the boutique sebab kak Leha (staff) tak datang. 1st time buka kedai. nasib baik tak ada yang memandang… memandangkan orang masih tak berapa ada lagi. Dalam pukul 10.45 pagi, kak Fidah (staff) datang. Kalau tak ada salah seorang staff, payahlah gamaknya. Sebab kalau ada orang datang bertanya itu dan ini related to the boutique atau barang2 yang dijual, kitorang nak kata apa? Bosan yang amat sangat! Tengah hari baru aku start jahit baju sekolah yang kawan aku tolong potongkan. Bayangkan, kain tu dah tersadai hampir seminggu tapi aku cuma jahit tepi je. Benda lain tak sempat buat sebab ada 2 mesin je.

Esok, aku kena teruskan jahitan yang masih berbaki. Silang pangkah, jahit nama pengusaha butik, tali air ngan butang n lastly, gosok baju yang dah siap tu. Dan esok gak, kena lukis pola jaket juga! Kalau asyik delay je, alamatnya tak adalah hasil yang dapat aku bawa balik ke yayasan nanti.

Mengantuk…

Thursday, March 9th, 2006

Semalam masih tak dapat improvekan diri dari tido kat the boutique tu. Tah apsal ek? Kalaulah c.emi n pn.puspa tahu, macam mana? Hari ni, harap2nya taklah tertido laei. Nanti, dalam laporan kata asek tido lak. Laporan minggu pertama dah hantar. Tunggu habis minggu ni, laporan minggu kedua bakal menyusul. Yahoooo! Sabtu n Ahad cuti. Orang lain kat tempat praktikal lain, tak tahulah cuti hari apa.

p/s: Kesian Midah, mak dia sakit lagi. Lelah. Doakan mak Midah eh? Semoga sihat semula seperti sediakala, insyaAllah!