I’m Back!

November 20th, 2006 by messagegurl

So long i’ve not been here. Missed my blog sooooooooooo much! The reason why? Sebab blog lagi satu tu buat hal lagi… Dah lah tu banyak virus lak sekarang ni. Sakit hati ni… Last week *Friday* aku gi interview… Doakan aku ye???? Rabu minggu ni baru dapat jawapan. InsyaAllah dengan berkat doa semua orang! Thanx a lot to my frens that always be by my side when i need u…

Cari Kerja…

July 12th, 2006 by messagegurl

Semalam sempat find a job through internet. Tiba2 bila nak check balik, terlupa lah pulak alamat webnya… Aduh! Parah sih… Macam mana ni? Macam mana aku nak semak status permohonan aku? Banyak benda yang perlu diselesaikan ni. Hati aku takkan tenang selagi aku tak punya keje… Bila tak buat pape, aku terfikir dan banyak benda nak tulis tapi bila dah depan ni, tiba2 blank lak pale otak aku ni…
Sebelum melalut lebih panjang, aku nak ucapkan Hepi Belated Besday to my fren… Acai. Sian dia orang wish tak ramai eh? Manalah saya tahu 8 Julai ur besday? Itupun kalau tak frenster yang remind dah tentu gue nggak tau sih. InsyaAllah tahun depan akan ucap awal2 lagi tau? 
Aku masih cuba nak ingatkan kembali alamat laman web yang Nunu bagi tu… Mana nak cari? Aku langsung lupa ni… Takpe, aku kena cari gak sampai dapat… Tak dapat gak aku kena tanya Nunu baliklah… K la bubye. Chiow dulu…

Kiroro Mirae…

July 7th, 2006 by messagegurl

Thanks to my bro’s lover… Punyalah lama aku mencari finally aku dapat atas bantuan dia gak… Thanks again… Masa belajar jahit, aku sempat belajar bahasa Jepun dan lagu Kiroro Mirae ni kitorang guna sebab kena guide students dari Jepun yang datang ke Malaysia. Diorang datang hari pertama puasa baru2 ni… Seronok memang seronok dan tersangat penat sebab puasa kan? Sampai kat hotel, tunggu bebudak lain dan naik ke ballroom. Kitorang dapat tepukan gemuruh dari semua students Jepun dan guru2nya sekali. Malu tu… Bukan sebab dapat tepikan tapi sebab diorang dah tunggu kedatangan kitorang. Patutnya kitorang yang sambut tapi diorang lak yang sambut. Biasalah Jepun ni kan tepati masa? Sepanjang aku bawa budak2 Jepun ni, memang tepati masa betullah. Walaupun 10 minit aku bagi masa banyak tu jugalah yang diorang guna. Pertama kali memang risau nak lepaskan bebudak tu semua tapi mungkin diorang ni memang kaki jalan, so tak kisahlah pergi mana pun. Patutnya banyak lagi tempat yang kena pergi tapi asyik kat Sungei Wang… Keluar kejap kat Lot 10 tapi diorang nak masuk balik. Sebenarnya kedatangan diorag ni untuk buta kajian tentang Malaysia tapi banyaknya shopping je. Aku guide diorang tapi bila bercakap macam ayam dengan itik. Akhirnya cakaplah English tapi diorang manalah nak cakap English malah tak tahu langsung… Akhirnya guna bahasa isyarat je. Seharian dok teman diorang kat Sg. Wang, macam2 yang dibeli budak2 tu. Habis semua karakter2 kartun yang datangnya dari negara diorang diorang borong. Murahnya barang2 kita? RM 19.90 tu bagi dirang terlalu murah. Ingatkan menjerit sebab mahal rupanya murah sangat. Tak cukup duit Malaysia yang dibekalkan, diorang guna pulak USD… Bila dikenang balik tergelak sendiri aku… Hehehe… Dan diorang telah melupakan kakak diorang yang seorang ni… Sedihnya? K, la… Thanks Acai sebab sudi singgah n komen…
Wassalam…

Kasihku Abadi…

June 29th, 2006 by messagegurl

Hari ini aku masih terfikir akan blog yang aku sampaikan semalam. Aku tahu hanya aku je yang menulis dan membaca tapi aku puas! Dengan cara ini, perasaan yang bercampur baur dapat aku huraikan kat sini dengan perkataan dan ucapan yang sangat berhati2 dan tersirat. Bila difikirkan balik memang patut aku luahkan semuanya tapi tak kena pula caranya. Nanti segalanya terbongkar. Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan tapi macam tak nak keluar pulak. Sebab kalau tersalah tulis, terguris pula hati2 yang lain.
Sampai hari ini masih tak punya keje dan aku bukan hendak menafikan perlu berdoa… Dan aku telah lakukannya tapi bukan nak merungut atau mengeluh. Aku perlu usaha, doa, ikhtiar dan bersabar. Aku tak mahu gelojoh. Aku hanya manusia biasa je… Cuma aku tak nampak mana kelebihan aku.
Tadi tengah hari aku tengok Diari AF musim 4. Aku nampak Farhan nangis. Memang tersentuh hati dengar lagu Siti Nurhaliza tu. Memang aku sendiri dapat rasakan. Memang aku minat Farhan, Velvet dan Faizal… Itu AF4, AF2 dah tentu Zahid, Edlin dan Adam juga Farah… Vince, Atie n Azza… Hehehe! Peminat AF rupanya? AF4 ni je yang aku dapat rasakan yang diorang ni jujur. Jujur dari segi perwatakan. Itu pada pandangan aku…
Yang berkaitan tajuk hari ni ialah aku nak kasih antara aku yang dah terjalin ngan sesape je aku nak abadi hingga akhirat nanti. Pada yang sudi jadi kawan2 aku kat sini atau mana2 je, thanx a lot! Pada yang sudi singgah dan baca blog aku… (aku amat mengharapkan perhatian kalian untuk memberi sebarang respons)… Aku tak mahu ukhwah yang terbina berlalu begitu sahaja dan terasa sunyi… Hish! Apa2 jela kan? Irsyatulain… Thanx 4 being my great sis since both of us meet in 1999. Thanx 4 always taking care of me, luv me n so on. Please forgive in everything that i do n hurt ur heart. I’m not being ur bestest sis eventhough we’re not the real siblings… Hehehe, betul ke ayat aku nih? Apa2pun ianya sincere come from my heart. Sara jangan lupa selalu mai sini na? I’ll always luv u…
30503800823064l *** Inilah Saraku…

Kenalan…

June 28th, 2006 by messagegurl

Hehehe… Kadang2 tajuk lain, isinya lain. Alah, payahlah tiap kali nak tulis kena fikir tajuk. Tapi kalau takde tajuk, nak tulis pulak. Actually, kalau kenalan memang banak. Tapi yang specific, maksudnya yang boleh dipanggil sahabat tu cuma ada beberapa je. Kenapa? Sebab orang2 ini je yang punya kredbiliti sebagai seorang sahabat. Tak guna juga kawan bertahun2 tapi ciri2 tu tak nampak. Bukanlah menidakkan bahawa kawan tu penting tapi kalau yang membawa ke arah tidak membina kan susah? Kalau kawan tu tak membina n kita pun turut sama tak membantu agak parah jugaklah. Aduh! Aku masih terbayang2 sahabat2 aku yang sedikit demi sedikit pergi meninggalkan aku keseorangan.
Yelah kadang2 kita tak perasan yang kita ambil enteng walaupun rasanya dah buat sebaik mungkin… Susahlah nak dimengerti apa yang orang nak dan apa yang kita sendiri perlukan. Bila sahabat2 sentiasa ada kat sisi, aku langsung tak terfikir yang diorang akan tak ada juga satu hari nanti. Mungkin ada hikmah disebalik segala2nya.
Aku selalu berazam akan menghargai sesiapa je yang berada di sekelilingku tapi itulah, yang diharap menjadi benda lain. Aku sebolehnya tak mahu menyesal di kemudian hari. Tapi, akhirnya perasaan menyesal tu berbekas juga di hatiku ini. Semua luahan hatiku hari ni adalah kesinambungan dari blog Nana ERA… Apa yang aku rasa sama seperti apa yang dirasa Nana.
Cuma rindu pada family mungkin tak pernah lagi sebab hari2 dok ngan diorang. Tapi kalau berjauhan sekalipun aku cuma rindu satu2 masa. Masa ni buat apa, masa tu buat apa… Entahlah mungkin aku tak diajar begitu. Kalau ada salah faham je, aku akan rasa macam aku ni tak ada gunanya kat dunia ni. Tapi Tuhan itu Maha Adil dan Saksama. Takkan Dia jadikan aku tanpa sebab kan? So, aku kena sentiasa ingat perkara nilah. Oklah, aku nak sambung taip skrip aku. Nanti sampai ke sudah aku tak masuk contest tu…

World Of Love…

June 23rd, 2006 by messagegurl

Dah ter’skip’ menulis blog ni. Minggu ni asyik bangun lambat je. Nak kata penat buat keje tak juga. Penambahan berat badan kot yang membuatkan aku jadi macam ni. Walau apapun yang terjadi, cita2 mesti diteruskan, keje2 lain mesti diteruskan dan segala2nyalah…
Melihat kepada tajuk hari ni, ada kaitannya dengan sebab mengapa aku tak dapat nak menulis dalam dua tiga hari ni. Sejak my 2nd bro in love with someone, kejenya asyiklah chatting n chatting. Sekarang ni pun dia asyik push aku dan suruh aku cepat sikit. Ek eleh mamat sorang ni… Pleasela! Aku faham dan tahu macam tulah orang yang 1st time in love eventhough I’m not the one yang termasuk dalam situasi ni. Semuanya yang dilakukan kerana ‘dia’. Dah ada orang untuk kongsi masalah, mengadu itu n ini n so on.
Aku belum lagi melalui fasa ini atau mungkin tidak kot? Entahlah, semuanya takdir Allah. Walaupun kadang2 aku impikan untuk melaluinya TAPI bila kawan2 dah bercerita tentang pelbagai perkara, membuatkan aku jadi takut…. Warggggghhhhhh! Taklah sangat… Bila teringin sangat nak laluinya aku akan pandang ke belakan kembali pada kawan2 yang dah ke hadapan… Berjaya sebagai pekerja dan pelajar, tak ada seseorang yang dinamakan lelaki menjadi teman… Mereka boleh berjaya sebagai orang yang sangat aku kagumi…
Aku sedang cuba untuk mencontohi mereka2 ini. Yah! Aku akan jadi seperti mereka juga, bahagia dengan kehidupan mereka… Bukanlah membuang lelaki dalam hidup TAPI mesti berjaya dulu barulah boleh memikirkannya kemudian hari.
Petang tadi, Puan Puspa call. Isnin ni dia start keje semula lepas 2 bulan berpantang setelah melahirkan Ahmad Darwisy Irfan, puteranya yang ketiga… Belum sempat melihat wajah anak Adam itu… Mungkin ada rasa kecil hati sebab dah 3 putera tapi aku yakin dia dapat menerimanya. Biasalah tu kalau terlalu mengharap. Ada hikmah disebalik semua anugerah Allah yang tak ternilai ini. Kalau ada masa aku akan menziarahi anak2 Puan Puspa…
Bercerita pasal baby baru, aku baru dapat berita gembira, kawan baik masa kat INPENS dulu dah selamat melahirkan anak pertamanya, Mohd. Farhan. Katanya, ingatkan dapat perempuan. Aku kata, takpelah. Mana tahu lepas ni dapat perempuan. Oklah, my bro in love tu nak guna sangat laptop ni. Bubye…

Kepalaku Masih Bingung!

June 20th, 2006 by messagegurl

Lastly lepas dah lama tak mengaji, aku mula dengan Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Eventhough aku still ingat patah2 ayat al-quran tu tapi bila baca tu, panjang pendeknya hancussss! Hihihi, itulah padahnya tinggalkan membaca al-quran. Lepas habis 30 juzuk al-quran, langsung tak sentuh. Sentuh pun baca sekali sekala. Masa baru2 pindah, rajin gak baca. Lepas tu tak baca dan hari ini aku baca semula.
Semalam dapat sms dari Pa’ah… Finally she’s going to be someones fiancee… Hehehe, tahniah! Dia tu kakak sepupu aku. Tahun lepas kak Long iaitu kakak Pa’ah kawen dan Sabtu ni Pa’ah pulak yang bertunang. Aku nak sangat balik kampung. Dia pesan suruh balik, kasi gempak sikit Sungai Pulai. Itulah kampung abah aku. Tiap2 kali raya itu jelah tempat yang kitorang tuju… Tak sabar pulak rasanya… Tapi kepulangan kali ini tak dapat nak abadikan gambar2 hari pertunangan Pa’ah ngan abang Fariz sebab digicam kesayangan aku dah hilang!!!!!!! Huda bawak pi Terengganu then hilang. Dah amai2 memang macam tu… Punah harapanku… Harap2 ada gantinya sebelum majlis perkahwinan Kak Aisyah. Geram sangat2 dah ni… Kalau tak pun aku tangkap gambar guna kamera lama then scan je kat cni…

30 *** Dari Kiri- Angah, Kak Long (duduk), Syima, Siti n Pa’ah…
*** Kak Long kawen…

Aktiviti Hari Ini!

June 16th, 2006 by messagegurl

Tak ada apa yang aku buat. Kemas dapur, tak sapu dalam rumah pun. Buat sarapan, tapi x makan. Menaip sebab nak sangat masuk pertandingan menulis skrip anjuran IKIM… Dah 2 tahun aku tak dapat nak masuk. Aku memang minat menulis dan menaip. Ada gak terasa nak belajar menulis skrip kat ASK tapi tak jadi. Nak kena ada skrip sendiri dulu baru boleh masuk ASK. Memang tak masuklah. Asyik study tapi keje tak jugak. Bukan tak suka study tapi aku mesti bagi ruang untuk bekerja pulak. Lepas penat menaip, aku tido. Tup! Tup! Dah pukul 12 tgh hari. Mak aih? Apa punya perempuan ni? Lepas tu aku bangun dan mandi. Hihihi… Baru nak mandi? Itu yang asek pening pale je. Tak masak pape pun. Baru aku ingat tengah hari tadi aku tak makan nasi? Malam tadi pun makan mee sup je. Biar botul? Kalaulah hari2 aku macam ni, beshnyer…
Lepas logout ni, aku nak sambung menaip yang dah aku tinggalkan tadi. Harap2 siaplah. Terima atau tak, aku tak kisah asalkan aku dah siap buat. Dan cita2 aku yang masih tak termakbul lagi, nak tulis dan buat novel sendiri. Asek baca orang punya je. Ini pun kesinambungan dari Nad gak… Tunggu dan lihat je. Janji tetap janji dan aku mesti kotakan. Semoga aku tak memungkiri janji aku ni…

Keputusan…

June 15th, 2006 by messagegurl

Finally, aku dah dapat keputusan untuk keje… Tak jadi keje kat Melaka sebab the most problem is pengangkutan… Rasa free sangat kepala otak aku ni… Last week, masa lepas hantar Fizi balik asrama, singgah rumah Cik Emi… Dia tanya reti buat Baju Melayu tak? So, dengan jujurnya aku beritahu yang aku langsung tak reti… What? Kenapalah aku ni cepat sangat buat keputusan? Mungkin masa tu kepala aku mengong sket. Tapi, tadi Jue tanya gak kenapa taknak? Kejenya cuma ajar orang buat Baju Melayu. Kata Cik Emi ada 4 Felcra kene pergi. Kira ni PJJOK la… Pendidikan Jarak Jauh Orang Kampung. Mendidik Sambil Beramal la ni. Entahlah, lepas Jue tanya tiba2 aku terfikir semula ‘tawaran’ tu. Jue kata belum ada orang lagi. Ana je yang ada. Jue pun belum tahu sama ada dia terpilih atau tak?
Macam mana sekarang? Kene tanya Cik Emi dululah jawabnya. Kalau boleh, Yayasan lagilah tempat tuju aku. Banyak memorilah kat situ… Tapi, takpelah. Kalau tak dapat pun ok je. Semalam potong kain nak buat Baju Kurung mak. Nasib baik mak memang dah belajar dan tahu menjahit. Aku belek2 kain sutera mak tu. Mak aih? Bunganya menegak je. Bukan tak reti tapi ragu2. Tapi mak dah tunjukkan. Berpeluh2 gaklah nak memotong. Dari tengah pergi ke depan. Harap2 tak salahlah aku potong kain tu. Sebenarnya memerlukan meja yang besar dan rata. Lebih senang nak bentang kain tu. Dok bawah pun ok gak tapi kat rumah ni tak ok langsung. Lepas ni, nak potong kain lagi. Tak sabar lak nak menjahit. Kainnya belum tentu jadi lagi…

Trend Diari Online… Minah Chat@Karangkraf

June 11th, 2006 by messagegurl

  Books
       Actually ‘curi’ cite dari Majalah Remaja. Kalau ada duit lebih je aku beli, kalau tak jangan haraplah. Dulu2 memang aku tak kisah langsung kuarkan duit yang banyak sebab nak beli majalah atau novel yang aku suka.
Book Club
       Kira penuh jugalah rak buku aku dengan majalah pelbagai jenis. Dara.com, Remaja, Perkahwinan, URTV, Media Hiburan, Galaxie, Mangga, Bintang, Seleksi, Hai dan yang terbaru InTrend. Majalah InTrend ni kira bagus juga sebab banyak info berguna yang boleh diguna pakai. Baru je start dari Siti Nurhaliza jadi cover girl bulan lepas. Bulan ni, cover girlnya Camelia. Banyak gosip artis dari luar je. Formatnya aku kira macam majalah inggeris yang ada. Kira berbaloi kalau beli. Try beli sebab Mala pernah beli dan dia adalah peminat setia InTrend. Katanya lepas ‘lahirnya’ InTrend ni, langsung tak beli Remaja lagi. Kata dia, dia bukan   remaja lagi. Kalau tak silap peringkat remaja bermula dari umur 15 tahun hingga 40 tahun. Masa attend kursus kepimpinan kat Bukit Fraser tahun lepas, penceramah tersebut pernah kata benda yang sama ni…
Computer
        Berbalik kepada tajuk diatas, Minah Chat ni kata memandangkan senario ‘Blog’ semakin berkembang pesat di kalangan pencinta2 teknologi pengkomputeran hari ni Minah Chat berbesar hati untuk memetik satu pakar psikologi barat mengenai kehadiran kemudahan teknologi ini. Menurutnya, kehadiran ‘blog’ sebagai diari di kalangan pengguna2 IT hari ini ada satu peluang terbaik kepada mereka menyalurkan persoalan2 hidup, bebanan fikiran dan perasaan yang dialami. Secara tidak langsung ia boleh mendatangkan kebaikan kepada para pengguna, kerana pengguna dapat melempiaskan bebanan masalah yang sedang mereka alami menerusi penulisan luahan/rintihan perasaan di internet. Walaubagaimanapun, pengguna haruslah menggunakan kemudahan ini dengan bijak. Asalkan jangan menjual diri dalam Blogger sudah!